Ahad, 1 Mei 2016

STRATEGI PROMOSI

Pihak syarikat telah merangka beberapa strategi promosi yang strategi secara berkala. Jadual strategi promosi tersebut adalah :

         i.            Bulanan - Setiap hujung bulan, syarikat akan mengadakan jualan promosi penghabisan stok bagi barangan terpilih yang mempunyai kitaran jualan yang lemah dan barangan yang mempunyai tarikh luput yang pendek.

       ii.            Suku Tahunan – Setiap 2 bulan, syarikat akan mengadakan promosi diskaun 50% – 60% bagi barangan terpilih.

     iii.            Pertengahan Tahun – Setiap 6 bulan , syarikat akan mengadakan promosi jualan berganda. Sebagai contoh beli 5 dapat potongan harga pada belian kedua bagi barangan terpilih.

     iv.            Tahunan – Setiap akhir tahun, syarikat akan mengadakan Jualan Akhir Tahun diamana setiap pelanggan yang membeli barangan melebihi RM500 didalam satu resit layak untuk menyertai cabutan bertuah. Disamping itu, setiap tahun syarikat akan melibatkan diri di dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti penajaan program-program kemasyarakatan dan khidmat masyarakat.

       v.            Musim Perayaan / Majlis Kenduri – Di masa musim perayaan / kenduri, masyarakat setempat dapat menjimatkan masa, wang dan tenaga sekiranya berurusan dengan pihak syarikat. Pihak kami akan menyediakan segala keperluan bahan mentah yang diperlukan dengan tawaran diskaun yang menarik dan servis penghantaran percuma. Tertakluk kepada terma dan syarat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan