Ahad, 1 Mei 2016

PENGENALAN SYARIKAT

Kreatif kraf ialah sebuah perniagaan yang menjual hasil kerja tangan warisan orang melayu seperti bakul kertas, tempat letak telur kertas, dan sebagainya. Hasil tangan kraftangan ini kami gubah menjadikan gubahan hantaran. Antaranya menghasilkan basikal kertas untuk dijadikan tempat letak cincin dan dihiasi dengan bunga-bunga agar ianya menjadi lebih cantik dan menarik. Secara tidak langsung kraftangan ini dapat kita kembangkan bukan dalam Malaysia sahaja tetapi luar Negara seperti Singapura, Brunai dan lain-lain tempat lagi.

Selain itu, perniagaan kami juga sedia menerima tempahan tidak kira undangan perkawinan tetapi juga untuk majlis  khatam Al-Quran, cukur jambul, majlis berkhatan dan sambutan hari lahir. Pakej yang ditawarkan antaranya menyediakan penghantaran di sekitar Johor sahaja. Pembelian secara online juga kami terima dengan mengenakan kos penghantaran yang berpatutan dan murah. Bengkel kemahiran turut kami sediakan kepada pelanggan-pelanggan yang ingin menambah ilmu bagi penghasilan kraftangan yang lebih bermutu dan berkualiti.

Lokasi yang dipilih adalah tempat yang strategik dimana premis mudah ditemui, kemudahan pakir yang banyak, dan berdekatan kawasan perumahan iaitu Cahaya Masai. Sebelum membuka premis ini, kami telah menimba ilmu dan melengkapkan diri dari segi selok belok perniagaan. Ilmu yang diperolehi diambil melalui krusus dan bengkel yang diadakan di sekitar Johor Bahru dan Kuala Lumpur.


Oleh kerana minat yang meninggi dalam perniagaan ini, kami telah berkongsi modal untuk membuka syarikat Kreatif Kraf. Secara tidak langsung kami menyediakan peluang pekerjaan pada bumiputera lain. Ini kerana seni pembuatan yang memerlukan penelitian menjadikan sesuatau produk kraftangan ini sungguh istimewa. Hasil kraftangan mereka, kami komersialkan untuk menjadi penyambung warisan orang melayu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan