Pelbagai strategi yang
dilakukan oleh syarikat Kreatif Kraf untuk menarik minat orang ramai datang
atau melanggan produk keluaran kami. Strategi yang digunakan secara tidak
langsung dapat meningkatkan jualan dan keuntungan syarikat. Strategi yang
digunakan:
a)
Strategi Pemasaran
Bagi meningkatkan daya saing
syarikat di pasaran serantau, pihak kami telah merangka beberapa startegi
pemasaran yang staretegik dan tersusan. Diatara perkara yang telah diambil kira
di dalam merangka strategi pemasaran ini adalah :
i.
Kualiti - Sentiasa mementingkan kualiti
barang bukannya kuantiti barang. Produk yang berkualiti setara dengan harganya.
Selain itu, produk yang dikeluarkan juga mengikut kehendak pasaran dan cita
rasa pelanggan.
ii.
Harga - Harga yang diletakkan
mengikut harga dari pesaing. Produk juga ditawarkan dengan harga yang murah dan
berpatutan. Konsep jualan ‘price follower’.
iii.
Lokasi - Premis terletak di tempat
yang strategi dimana lokasinya mudah ditemui. Berdekatan dengan kawasan
perumahan, pejabat-pejabat, pejabat pos dan lain-lain.
iv.
Imej - Imej syarikat bermaksud
hubungan jalinan yang baik dengan para pelanggan. Pemakaian seragam menjadikan
hubungan dengan pekerja juga menjadi lebih akrab.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan