Ahad, 1 Mei 2016

ARAH ALIRAN SYARIKAT DAN SASARAN PELANGGAN

Aktiviti perniagaan ini bermusim tetapi tumpuan lebih kepada waktu penjualan EXPO, majlis perkahwinan, khatam al-quran, berkhatan dan sebagainya sepertimana yang disediakan :
     a) Penjualan secara langsung.
     b) Penjualan secara atas talian.
     c) Perkhidmatan krusus – Bengkel Kemahiran.
     d)  Penghantaran secara terus kepada pelanggan.

     e) Penghantaran melalui pos.

Sasaran Pelanggan

Sasaran pelanggan syarikat kami adalah :
   a) Semua peringkat sektor dan
   b) Semua peringkat umur.
   c) Global.

STRATEGI PROMOSI

Pihak syarikat telah merangka beberapa strategi promosi yang strategi secara berkala. Jadual strategi promosi tersebut adalah :

         i.            Bulanan - Setiap hujung bulan, syarikat akan mengadakan jualan promosi penghabisan stok bagi barangan terpilih yang mempunyai kitaran jualan yang lemah dan barangan yang mempunyai tarikh luput yang pendek.

       ii.            Suku Tahunan – Setiap 2 bulan, syarikat akan mengadakan promosi diskaun 50% – 60% bagi barangan terpilih.

     iii.            Pertengahan Tahun – Setiap 6 bulan , syarikat akan mengadakan promosi jualan berganda. Sebagai contoh beli 5 dapat potongan harga pada belian kedua bagi barangan terpilih.

     iv.            Tahunan – Setiap akhir tahun, syarikat akan mengadakan Jualan Akhir Tahun diamana setiap pelanggan yang membeli barangan melebihi RM500 didalam satu resit layak untuk menyertai cabutan bertuah. Disamping itu, setiap tahun syarikat akan melibatkan diri di dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti penajaan program-program kemasyarakatan dan khidmat masyarakat.

       v.            Musim Perayaan / Majlis Kenduri – Di masa musim perayaan / kenduri, masyarakat setempat dapat menjimatkan masa, wang dan tenaga sekiranya berurusan dengan pihak syarikat. Pihak kami akan menyediakan segala keperluan bahan mentah yang diperlukan dengan tawaran diskaun yang menarik dan servis penghantaran percuma. Tertakluk kepada terma dan syarat.


KELEBIHAN SYARIKAT

Pelbagai strategi yang dilakukan oleh syarikat Kreatif Kraf untuk menarik minat orang ramai datang atau melanggan produk keluaran kami. Strategi yang digunakan secara tidak langsung dapat meningkatkan jualan dan keuntungan syarikat. Strategi yang digunakan:

a)    Strategi Pemasaran
Bagi meningkatkan daya saing syarikat di pasaran serantau, pihak kami telah merangka beberapa startegi pemasaran yang staretegik dan tersusan. Diatara perkara yang telah diambil kira di dalam merangka strategi pemasaran ini adalah :

         i.            Kualiti - Sentiasa mementingkan kualiti barang bukannya kuantiti barang. Produk yang berkualiti setara dengan harganya. Selain itu, produk yang dikeluarkan juga mengikut kehendak pasaran dan cita rasa pelanggan.

       ii.            Harga - Harga yang diletakkan mengikut harga dari pesaing. Produk juga ditawarkan dengan harga yang murah dan berpatutan. Konsep jualan ‘price follower’.

     iii.            Lokasi - Premis terletak di tempat yang strategi dimana lokasinya mudah ditemui. Berdekatan dengan kawasan perumahan, pejabat-pejabat, pejabat pos dan lain-lain.

     iv.            Imej - Imej syarikat bermaksud hubungan jalinan yang baik dengan para pelanggan. Pemakaian seragam menjadikan hubungan dengan pekerja juga menjadi lebih akrab.


Barangan/Perkhidmatan

Produk-produk yang disediakan seperti berikut :

BIL
PERKARA-PERKARA
HARGA (RM)
1.






2.







3.




Set Biasa
         i.            Set Baranagan Hantaran Pertunangan
       ii.            Set Barangan Hantaran Perkahwinan
     iii.            Set Hari Lahir
     iv.            Set Cukur Jambul & Berkhatan
       v.            Set Khatam Al-Quran




Set Kraftangan
         i.            Set Baranagan Hantaran Pertunangan
       ii.            Set Barangan Hantaran Perkahwinan
     iii.            Set Hari Lahir
     iv.            Set Cukur Jambul & Berkhatan
       v.            Set Khatam Al-Quran

Single’ Set
         i.            Pasu Bunga Besar
       ii.            Pasu Bunga Kecil
     iii.            Bakul
     iv.            Tudung Saji
       v.            Bag Tangan Kecil

500.00
1,000.00
300.00
400.00
350.00


800.00
1,200.00
350.00
450.00
500.00


50.00
45.00
30.00
20.00
15.00

SENARAI JAWATAN DAN FUNGSI

Senarai jawatan dan fungsi ditentukan supaya tanggungjawab serta tugas dapat dilaksanakan:

a)    Pengarah Urusan : Pn. Intan Hanim Binti Aini.
         i.            Mengurus, mengawasi, dan mengawal perjalanan aktiviti syarikat.
       ii.            Megurus hal ehwal pekerja dan hal-hal kebajikan syarikat.
     iii.            Menyelaras keseluruhan operasi memenuhi misi dan visi syarikat.
     iv.            Memastikan stok sentiasa bersedia dan tidak terputus bekalan.
       v.            Menguruskan urasan bank dan pengeluaran modal.
           
b)    Penolong Pengarah : Cik. Nurul Sakinah Binti Samsari.
         i.            Menjadi pembantu pengarah urusan menguruskan hal-hal syarikat.
       ii.            Menguruskan pengeluaran dan kemasukan bahan mentah.
     iii.            Membantu dalam urusan bank dan pusingan modal.
     iv.            Memastikan kelancaran dan keberkesanan syarikat.

c)     Kerani : Cik Nur Hidayah Binti Kassim.
         i.            Merekod urusniaga dan data di dalam system.
       ii.            Menyusun dan mengemaskini fail syarikat.
     iii.            Merekod, mengemaskini baucer dan data pengurusan.
     iv.            Mengaudit akaun syarikat, gaji pekerja dan kehadiran pekerja.

d)    Pengurus Pemasaran : En. Abdul Samad Bin Ibar.
         i.            Merangka program pemasaran yang akan diadakan seperti promosi.
       ii.            Membuat tinjauan terhadap persaingan produk dikeluarkan.
     iii.            Mengetengahkan produk-produk baharu seiringan dengan cita-rasa pelanggan.

 e)    Pengurus Jualan : Pn. Nor Adibah Binti Adiff.
         i.            Memastikan susun atur barang jualan sentiasa cukup.
       ii.            Sedia menerima tempahan secara langsung dan tempahan secara ‘online’.
     iii.            Memenuhi kehendak dan cita rasa pelanggan.
     iv.            Memastikan stok sentiasa cukup semasa menerima tempahan.

f)      Pengurus Pembuatan / Pembungkusan : Cik Nur Asyhah Bin Abdul Karim.
         i.            Memastikan produk dihantar mengikut jadual penghantaran yang telah ditetapkan.
       ii.            Memastikan kualiti barang berada dalam keadaan baik sewaktu barang diserahkan.
     iii.            Sentiasa menyelia pekerja membuat kerja dengan teliti dan memberi tumpuan.

g)     Pemandu / Penghantar Barang : En. Mohd Tyyzar Bin Mokhtar.
         i.            Memastikan barang yang dihantar selamat sampai kepada pelanggan.
       ii.            Memantau lokasi yang sesuai untuk membuka pasaran/cawangan baru.
     iii.            Lain-lain tugas.



MOTO, VISI, MISI DAN OBJEKTIF SYARIKAT


MOTO SYARIKAT
Memastikan produk keluaran syarikat memenuhi permintaan dan citarasa pelanggan.

MISI SYARIKAT
Menyediakan peluang pekerjaan kepada bumiputera dan mengkomersialkan produk warisan melayu dalam dan luar Malaysia.

VISI SYARIKAT
Menawarkan kepelbagaian hasil kraftangan dan juga menyediakan tempahan gubahan mengikut selera pelanggan.

OBJEKTIF SYARIKAT
         i.            Membantu industri IKS berkembang maju terutama kawasan kampung.
       ii.            Menaiktarafkan produk kraftangan di dalam negara dan luar Malaysia.
     iii.            Menarik minat pelancong luar datang ke Malaysia.
     iv.            Menarik minat golongan muda mencuba bidang kraftangan.